Sunday, December 29, 2013

Identity

Assalamualaikum wbt.

Tajuk: Identity
Tahun: April 2011
Genre: Aksi, sejarah, pendidikan

Sinopsis:
Gilga merasakan dialah yang berkuasa.
Bois berusaha mempertahankan bangsanya.
Anzu yakin dengan pendiriannya.
Siapakah yang menang?



Pelakon:
Iwan, Fatin, Fatimah, Nik Akmal, Amirul, Huda, Ain, Ira

Nota: 
Filem pendek ini diinspirasikan daripada 3 buah buku - Epic of Gilgamesh, Borderlands & Soul of  Black Folks. Tujuan filem pendek ini dihasilkan adalah bagi menyempurnakan projek akhir bagi subjek HUM0851 - Humanity: Intellectual Heritage.


Auta Face

Assalamualaikum wbt.

Tajuk: Auta Face
Tahun: Mac 2011

Genre: Seram

Sinopsis:
Satu entiti misteri menyerang para pelajar Temple University. Apakah tujuannya? Siapakah dia sebenarnya?





Pelakon:
Para pelajar Temple University

Nota:
Filem pendek ini dihasilkan bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama pelajar Malaysia yang bernaung di bawah Malaysian Student Associations  di Temple University, Philadelphia.

Seindah Melodi Itu

Assalamualaikum wbt.

Tajuk: Seindah Melodi Itu
Tahun: Februari 2010
Genre: Persahabatan

Sinopsis:
Video ini memaparkan kenangan bersama Iwan dengan rakan-rakan dari INTI Kolej. Turut dipaparkan adalah suasana dingin salji yang turun di bumi Philadelphia.





Nur Kasih @ Philly

Assalamualaikum wbt.

Tajuk: Nur Kasih @ Philly
Tahun: November 2009
Genre: Islami, Cinta

Sinopsis:
Seorang wanita di Philly mulai terdetik untuk mengenali Islam apabila terserempak dengan seorang lelaki. Namun tindakannya untuk mendekati lelaki berkenaan telah mengundang salah faham sehingga menyebabkan lelaki itu dicederakan.



Pelakon:
Iwan, Meena, Syahid, Amirul, Nik Akmal

Nota:
Video ini adalah video pertama yang dihasilkan oleh Iwan di bumi Philadelphia. Pembikinan video ini telah banyak kali ditangguhkan kerana kesukaran untuk para pelakon berkumpul bersama. Watak wanita dalam video ini sebenarnya adalah menggantikan watak yang asal.